Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan adalah daripada Warga Jempol Negeri Sembilan yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-
1. Penolong Akauntan Gred W2-1
2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N3-1
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 yang boleh didapati dari Pejabat Majlis Daerah Jempol (Bahagian Kaunter). Pemohon juga boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Jempol di alamat www.mdjl.gov.my dan sertakan wang pos bernilai RM1.00 semasa permohonan dibuat.
2. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan.
3. Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.
4. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 17 FEBRUARI 2012
No comments:
Post a Comment