1.PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L1-2
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
I. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari laman web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Aras 3, Jabatan Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
II. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegera Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.
III. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan.
IV. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.
V. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Disudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.
VI. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
LOT F51 & F52, TINGKAT 1,
KOMPLEKS MELAKA MALL,
JALAN TUN ABDUL RAZAK – AYER KEROH,
75450 AYER KEROH, HANG TUAH JAYA, MELAKA
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 10 FEBRUARI 2012
No comments:
Post a Comment